Novel yang bertajuk Rombongan ke Marikh ini adalah novel bacaan ringan bertujuan untuk menghiburkan pembaca dengan unsur komedi ringan. Namun ia adalah sebuah novel komedi satira, maka ada beberapa isu semasa atau isu kehidupan masyarakat yang menjadi sindiran di sebalik kelucuan cerita yang diilhamkan oleh penulis.
Novel ini menceritakan tentang Kampung Serindit yang aman dan permai tiba-tiba dihebohkan dengan pelbagai perkara baru. Daripada kisah tentng Projek Pelaburan Raja Zimbabwe hinggalah yang paling popular di kampung itu, yakni Projek Rombongan Ke Marikh dengan hanya bayaran RM10 dan bakinya ditaja oleh Encik Elon Musk! Pembaca bakal menyaksikan detik keramat kapal angkasa dari planet Marikh turun ke bumi untuk membawa penumpang dari Kampung Serindit.
Novel ini sebelumnya adalah sebuah e-book atau buku digital. Sambutan yang menggalakkan serta komen-komen positif pembaca kemudiannya membawa kepada sebuah buku bercetak. Bakal dilancarkan di Laman Mandiri, Dewan Tun Razak 3, WTC Kuala Lumpur pada 3JUN 2023 pukul 3 petang. Menjemput orag ramai hadir untuk memeriahkan sesi pelancaran yang akan dihadiri olehh penulis sendiri, dengan nama pena MakChantek.
Komen pembaca yang telah melanggan e-book ini, sangat positif. Ada anatar mereka telah mengatakan bahawa kisah Rombongan Ke Marikhh ini mengingatkan mereka kepada karya-karya arahan Allahyarham Mamat Khalid, penulis menganggap itu satu penghargaan yang cukup besar walaupun jelas karya-karya Mamat Khalid tiada tandingannya. ia memiliki keunikannya tersendiri. Pembaca mungkin terperangkap dalam cerita dan tidak jemu mengulang baca untuk berkali-kali.
Pra tempahan telah dibuka dengan harga promosi sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur hanya RM20 sahaja.
Pembelian di laman Shopee masih belum dibuka, anda yang berminat, boleh klik pautan di bawah :
What do you think?