KOMBO JILID 1 & JILID 2 ( Lagenda Ratu Dimensi Misteri) pre order

RM50.00

Category:

Description

Siti Saleha seorang wanita kampung yang masih muda mengalami siri mimpi yang aneh sejak kematian arwah suami dan anak sulungnya yang masih kecil.
Sejak berpindah ke hujung kampung bersama anak keduanya,
petunjuk alam yang terlihat ganjil semakin menjadi-jadi.

Siti yang berbakat dalam bidang perawatan kecantikan dan perubatan tradisional sentiasa mendapat didikan dan bimbingan dari sahabat Tok Ubat sahabat rapat arwah opahnya yang juga merangkap sebagai tuan rumah yang disewa Siti.

Antara kisah aneh yang menghantui Siti ialah pertemuan dengan gadis suku Orang asli yang berdarah putih satu tika dahulu.
Selain Tok Ubat, Siti Saleha memiliki seorang sahabat istimewa bernama Seri Raziah yang berkebolehan berkomunikasi dengan makhluk alam ghaib.

Siti tidak mengetahui bahawa masanya makin hampir, dia bakal mengetuai satu misi khas menentang jenayah besar dan kejahatan dari Dimensi Hitam.

SINOPSIS JILID 2 –
( Menjejaki Lembah Emas Purba)

Kesinambungan dari Jilid 1,
kisah Siti Saleha wanita kampung yang ditimpa malang kemudian dilantik oleh sebuah galaksi dimensi ghaib yang paling rahsia. Ditabalkan menjadi seorang ratu pahlawan.

Dalam Jilid 2 ini, Siti Saleha kembali didatangi bahtera di langit dari Dimensi Ratu menandakan ada misi khas pertarungan yang bakal menjemput Siti tidak lama lagi. Seperti sebelum ini, dia dibantu oleh sahabat jauh bernama Seri Raziah dan puteri alam ghaib bernama Kenanga.

Seri Raziah kali ini mendapat kerja di sebuah kedai buku kemudiannya turut terlibat dalam misi menjejaki lembah emas purba ini dengan bantuan dari majikannya Encik Mat.
Telah diberitahu oleh Kenanga sahabat alam ghaibnya bahawa lembah emas ini adalah tempat pertarungan Siti Saleha yang seterusnya.

Mereka cuba mencari di mana sebenarnya tapak asal lembah emas purba ini, hingga melibatkan pula wanita yang bernama Hanum waris penari istana Melayu zaman silam.

Ikuti pengembaraan Siti Saleha yang sungguh menakjubkan di alam fantasi kali ini!!!

 

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “KOMBO JILID 1 & JILID 2 ( Lagenda Ratu Dimensi Misteri) pre order”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bakul Anda