SIRI DUNIA AJAIB( Tuanku Raja Dalam Bahaya) – ms152

RM16.00

Category:

Description

Episod ketujuh, episod terakhir Siri Dunia Ajaib bertajuk TUANKU RAJA DALAM BAHAYA.

Dalam episod yang paling mencabar ini, Tuanku Raja Negeri Cerita Dongeng didapati berada dalam keadaan bahaya.

Undang-undang baru digubal di seluruh negeri. Pelbagai jenis cukai mula dikenakan. Malah rakyat jelata ditangkap dan dipenjarakan sesuka hati. Sempadan Negeri Kejahatan turut dibuka. Semuanya bermula apabila rombongan tuanku raja pergi ke luar negeri untuk mencari sejenis buah yang aneh diidamkan oleh tuanku permaisuri yang sedang berbadan dua. Laila dan rakan-rakan juga tidak boleh bergerak bebas seperti dahulu di dunia ajaib. Rini dan Indera telah meninggalkan istana yang telah dikuasai oleh tuanku raja yang sudah berbeza sikapnya.

Mereka menyiasat dalam senyap sehingga menemui jawapan yang mengejutkan. Tuanku raja yang sedang bertakhta itu bukanlah tuanku raja yang sebenar. Bermulalah misi mereka untuk mencari di mana tuanku raja yang sebenar lalu menyelamatkan negeri itu dari terus dibelenggu kepimpinan baru yang sebenarnya berasal dari Negeri Kejahatan.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “SIRI DUNIA AJAIB( Tuanku Raja Dalam Bahaya) – ms152”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bakul Anda