SIRI DUNIA AJAIB(Bertemu Naga Tasik Chini) – ms138

RM16.00

Category:

Description

Dalam episod keempat, ‘ Bertemu Naga Tasik Chini’ ,Laila sangat ingin melawat Tasik Chini di Pahang. Laila kemudiannya dijemput oleh Si Kodok penjaga pintu sempadan dunia ajaib, untuk masuk ke dalam dunia ajaib.

Melati dan Rini Si Kuda Terbang mahu membawa Laila ke Pahang Raya bagi melawati Tasik Chini di dunia ajaib. Ia tidak sama dengan Tasik Chini di dunia nyata namun kawasan itu masih berdekatan.

Di sana, Laila berpeluang melawat istana puteri naga yang cantik di dasar tasik. Mereka telah disambut baik oleh tuan puteri naga bernama Seri Gumum. Namun lawatan itu membawa kepada misi pertarungan menyelamatkan kawasan tersebut dari serangan seekor raksasa ikan. Laila dan rakan-rakan turut berjaya membantu Seri Gumum dan kekasihnya seekor naga jadian dari Kemboja Raya terlepas daripada sumpahan berkurun lamanya ke atas mereka berdua. Sumpahan itu dihapuskan dengan sejenis kertas yang dinamakan Kertas Batal Sumpahan  hasil reka cipta cendekiawan dari Negeri Cerita Dongeng.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “SIRI DUNIA AJAIB(Bertemu Naga Tasik Chini) – ms138”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bakul Anda